hidup ini pentas ujian
Assalamualaikum….
Bersua kembali selepas lama tidak menitip sebaris ayat mahupun menjengah ke laman blog yang terchenta nih...
Bukan menghilangkan diri...bukan menyorok...bukan melarikan diri...bukan segala-galanya....aku masih ada....ada dalam ingatan kalian semua...
Banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini...ada yang boleh diterjemahkan dalam bentuk tulisan...ada juga yang tak dapat diluahkan...yang penting hidup aku sekarang dah tidak seperti dulu....
Entry kali ini mungkin tiada unsur-unsur ceria kerana keceriaan aku selama ini telah di ragut....aku tak dapat lagi terjemahkan dalam penulisan.... mungkin luaran orang akan melihat aku sentiasa tersenyum riang... hanya Allah saja yang maha mengetahui betapa sesaknya rasa di dalam...
Tak mahu aku ceritakan apa yang terjadi masa Aidilfitri yang lepas....kerana pada masa ini aku tidak dapat lagi mengingati saat-saat manis berhari-raya....
Aku tak dapat berfikir dengan waras....fikiran ku buntu....mood aku sentiasa berubah-ubah.... tumpuan aku sering terganggu.... Ya Allah...kuatkan semangat hamba mu yang lemah ini....Amin
No comments:
Post a Comment