final sem
pejam celik dah hampir 5 tahun aku dibumi Melaka yang di katakan bersejarah...ya tak lama lagi akan bersejarah juga dalam kamus hidup aku..
perbualan aku dengan along dan kak ina minggu lepas berkisar pasal final sem...betapa lega nya bila dah berada dalam semester terakhir pengajian.... bagi aku lega ke? menyesakkan otak ada lah...tapi bila difikirkan...biarlah pening sekarang...sesak sekarang agar masa depan lebih gemilang...
bila dah final sem mestilah ada final year project (fyp)...kalau di universiti awam di sebut projek tahun akhir...heheheh apapun dua-dua sama saja... fyp aku masih tajuk yang sama seperti semester 1 arituh...cuma beban kerja makin bertambah... tahap kepeningan juga akan bertambah... segala-galanya juga harus bertambah....tahap degupan jantung...blood preasure... keserabutan....ketidak kemasan...huhuhhu cuma satu jer yang aku tidak gemar...harap berat badan tidak bertambah... :-(
dah 3 minggu bermula sem baru....aku masih belum berjumpa dgn papa...(papa ialah supervisor fyp aku)... kalau dibiarkan berlanjutan harus aku dilupakan terus....tapi takpe...sebab first week dah terserempak kat lobby fbl....papa senyum sambail mengangkat tangan padaku...harapnya dia masih mengenali aku....heheheh.... sebenarnya bukan aku tanak jumpa dgn papa...cuma setiap kali pergi bilik dia takde....consultation hour yang jadualnya tertampal di pintu pun tak di ikuti....puas aku mengetuk pintu....menapak naik tingkat 4 FET...masih belum berjaya berjumpa papa.....huhuhu...susahnya menjadi anak seorang papa yang sibuk tak sudah-sudah...
okey.... my best friends dah tak senang duduk nak ajak aku ke Melaka Raya....survey komponen2 komputer.... kat melaka nih kat mana nak dapatkan hard disk, RAM etc yang murah2 setanding harga Low Yat n Imbi?
No comments:
Post a Comment