
satu-satu nya drama jepun yang aku rasa paling depressing....kalau tak nangis mesti bergenang air mata....boleh di katakan setiap episod menyebabkan aku rasa tertekan....winter sonata pon kalah sebab aku tengok winter sonata dgn hati yang kering....tak sampai perasaan....tapi lain pula bila tengok drama nih...thanks to my VCD jepun supplier "Miss Belinda"....huhuhu skrang aku dah takde sumber2 untuk meminjam VCD...hmmm kena wat koleksi sendiri lepas nih.....

Bila di lihat secara kasar...drama ni mirip cerita "A Walk To Remember" lakonan Mandy Moore dan pelakon lelaki die tak ingat nama.... plot yang hampir serupa.....hero dan heroin couple....heroin sakit leukimia....hero struggle nak tolong....tapi gagal...dgn hati yang sedih...hero teruskan hidup...jadi doktor...kononnya nak cari penawar kepada penyakit leukimia....

plot yang simple nih...tapi digarap dengan baik oleh director menjadikan drama ini satu hasil karya yang mengagumkan...tak dapat dinafikan elemen-elemen yang menyentuh perasaan memainkan peranan penting menggerakkan plot cerita ini... banyak adegan imbas kembali...tapi tidaklah sampai memeningkan penonton....hero--> Sakutaro Matsumoto....heroin--> Aki (bt dia tak ingat lah pulak :p) bercinta waktu sekolah...nasib Aki malang kerana menghidapi penyakit leukimia hingga menyebabkan kematian....tapi nasib Saku lebih malang kerana tidak dapat melepaskan perasaan cinta pada Aki sehinggalah 17 tahun kemuadian bila dia terdengar surat dari pendengar di radio hospital...mengimbau kembali kenangan dia bersama Aki.....Saku kembali ke kampung halaman yang ditinggalkan selama 17 tahun semata-mata untuk melupakan kisah sedih....dengan harapan dapat menghadapi realiti sebenar.... drama nih banyak cerita suka duka....pengorbanan dan paling ketara ialah kesetiaan....sesiapa yang suka tengok cerita yang feeling2 leleh amat digalakkan menonton cerita ini....tapi kalo tengah depress harap tgk lain kali jer....takut over depressed....sedih wooo....
Aku harap korang sume tgk laa cerita nih...best woo....errr VCD dah takde sebab VCD pinjam jer...so kalo nak beli laa sendiri kat kedai....kalo yang pakai strymyx bleh jer dwld torrent tapi kena power laa Japanese....hikhikhikhik....
No comments:
Post a Comment