Monday, February 05, 2007

Cepat masa berlalu...

Pejam celik...dah hampir setahun bond aku bersama Infineon....ke situ pulak... tapi apa yang ingin disampaikan, masa pantas berlalu tanpa kita sedari. Cepat saja usia menginjak setahun.

Aku ada banyak gambar-gambar semasa berada diperantauan. Masih belum dikongsi pada sesiapa. Ada yang dah dicuci ada yang masih berformat digital. Untuk mengindahkan lagi blog ini, rasanya menarik juga jika aku kisahkan perjalanan hidupku di perantauan. Pengalaman suka duka selama 5 bulan di Europe.

1st

Tanggal 31 August 2005 sentiasa dalam ingatan. Pertama kali menjejak kaki luar dari tanah air. Pertama kali menaiki kapal terbang luar dari ruang udara Malaysia. Pertama kali membawa bersama beg kotak yang besar. Waktu kecil dulu cuma dapat banyangkan orang hendak pegi Haji saja layak bawa beg kotak besar. Hmmm.... Paling aku ingat sekali, aku tak merasa gentar walaupun pertama kali ke luar negara, pertama kali bersama rakan seperjuangan yang baru kenal beberapa hari malah pertama kali menerima satu tanggungjawab yang besar, bekerja di luar negara dengan berbekalkan pengalaman yg secebis sahaja. Aku rasa sungguh kerdil bila memikirkan namun aku tetap cekalkan hati menempuh segala dugaan.
Bersama Mohan Kumar & Pei Kei dalam pesawat Austrian Airline. Penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Vienna, Austria.

Mohan merupakan orang yang lebih rapat dengan aku semasa training di Mimos, Kuala Lumpur. Kumpulan kami hanya ada beberapa sahaja yang bukan cina. Aku, Ramli, Ash, Mohan, Haryati, Syikin & Feera. Kenapa aku rapat dgn Mohan? Maybe aku jenis bersederhana dan dia juga begitu. Dengan gadis-gadis pun rapat juga tapi semua sudah berpunya ;p!
Sampai sahaja di Vienna lebih kurang jam 6 pagi waktu Austria, kami terus bergegas ke bahagian domestic untuk ambil connecting flight ke Klagenfurt. Melepasi kawalan keselamatan di Airport Vienna tak sesusah yang dijangkakan. Namun seperti biasa, tali pinggang terpaksa dibuka. Bila sampai di negara orang, serba sedikit mesti nak 'compare' dengan negara sendiri. Terdetik juga rasa bangga bila merasakan KLIA lebih 'advanced' dari airport sini. Kami menaiki pesawat Arrows (domestic flight bagi Austrian Airline). Gambar di atas dengan jelas menggambarkan pesawat ini kecil sahaja. First time juga naik flight kecil macam ni. Kalau di Malaysia, pesawat macam ni hanya beroperasi di pedalam borneo sahaja. Satu pengalaman yang berharga.
Pemandangan muka bumi Austria dari tingkap kapal terbang. Berbukit bukau dan berawan.
Gambar Feera & Karen ini diambil semasa menunggu pengankutan kami untuk dihantar ke kediaman masing-masing. Latar belakang adalah Airport Klagenfurt yang boleh disamakan dengan Stesen Bas yang lengang di Malaysia. (Melaka Sentral lebih baik berkali-kali ganda jika dibandingkan dengan airport disini.)
Aku di tempatkan di Auf Der Traten, Hotel Ebner, Heileigengist-Villach. Aku jangkakan akan tinggal di bilik hotel sahaja. Mesti boring gila. Perjalanan ke Hotel Ebner memang buat orang kecut perut. Apa tidaknya kami dibawa naik turun bukit, jalan di lereng-lereng bukit. Sampai sahaja di sini semua rasa gusar hilang apabila kami dijamu dengan pemandangan yang cukup indah. Ketibaan kami juga disambut ceria oleh Landlord kami, Mr & Mrs Osinger. Gambar atas, gambar bilik aku yang tak berapa kemas. Ini bukan kebiasaan cuma gambar ini sahaja yang ada. Aku tinggal bersama Zool. Mohan, Chong, Neoh, Poh Leong, See Meng tinggal berdekatan. Kami dapat satu appartment 2 bilik yang comel dan lengkap segala kelengkapan.
Ini gambar dari balkoni bilik aku. Padang rumput yang menghijau mendamaikan hati sesiapa sahaja. Memang indah! Ketika ini Villach mengalami musim panas. Panas mereka cukup sejuk untuk orang Asia berkulit sawo matang macam aku. Suhu ketika itu kalau tak silap dalam 16-18 degree C.
Ini pula view dari hadapan Hotel Ebner. Mengasyikkan. Tak sangka tempat yang hijau sebegini akan bertukar menjadi putih suci apabila tiba musim sejuk. Kawasan bukit landai didepan pula bertukar menjadi tempat ski....best betul!

To be continue....

@ Last weekend went to KL with my parents. After drop them at Along's house, i rushed to Ezran's house at Jalan Tun Razak. Meet x-MMU batch 2000-2005. Spent time chatting about life and works. Seem like everybody enjoy their
life and works.Spent 1 night there and back to Along's house next the morning
.Whole family together with 2 little angel went to Melaka to meet adik. Stayed at Seri Malaysia Air keroh for 1 night. Went back to Along's house and on sunday evening start our journey home. A bit tiring and tension because keep receiving phone call from production line telling all sort of problem. After all, it's hard to get yourself away from works if you deal with production!. I'll upload pics next time when i managed to download the pics from my D40 DSLR ;p!

1 comment:

SaLMy WaTeeN aBDuL LaTiF said...

update la gambo kat fotopages tuer.. asyik gi berjalan jer...hehe