Cam poyo kan title nih...tapi memandangkan memang betul aku diperantauan sekarang nih...so tak kisah laa kan...ni blog aku...:D
Dah 4 hari Aidilfitri berlalu....dah 9 hari aku diperantauan...schedule kat sini memang pack but limited to office hours jer...tuh yang best...no more extra works...no more charity works...best bangat....
Last posting aku hilang bila send...tah apa2 laa blogspot nih...tapi tak sure salah blogspot ataupun problem network hotel nih...
Cerita raya aku bermula dengan cerita sedih...sedih...bertambah sedih...lepas tuh gembira...gembira....sedih....gembira.....penat...penat...tido :D
Banyak nak kena cerita nih... tapi first and foremost nak ucap banyak-banyak terima kasih kepada semua orang yang menghantar sms raya.... sangat menghargai setiap sms yg datang mencurah-curah ke inbox hp aku :D...sorry banyak2 tak dapat nak balas sebab aku nih kedekut sikit :p ...jauh maaa dah laa turn on roaming... so dikesempatan ni nak ucap "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN" kepada, Hizrat, Pak Dat, Lee Kar Wuei (infineon colleague), Rasheed, Erna, Fitri, Mohan Kumar (infineon colleague), ezran (ceh msg copy paste sama cam rasheed - tapi aku tetap hargainya), Emy, Zapril, Haryati (wife Zuhairi), Kak Sarimah & Abg Jo, Maisarah, Rafiq, Emon, Salasiah, Zuhairi (husband Haryati- kayo laa husband & wife sebab dua2 hantar sms kat aku), Solehien (Kore - seb baik hg ingat lagi kat aku), Kak Ton. Yang teristimewa sms dari tunang tersayang, Yana.
Kepada yang terlupa nak sms aku tak kisah sebab aku pon tak sempat nak hantar msg...kad raya pon tak beli....teruk kan....sangat2 tak de sensitivity dengan perayaan Aidilfitri. Apa-apa pon "Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini...heheheh"
Berbalik kepada cerita raya....raya aku bermula dengan penuh kegembiraan balik kerja awal...yey!! Lepas solat terus ke public phone... call rumah (guna Paysafe card) sebab dah serik guna maxis roaming...huh gerun nak dpt bill this month... Mulalah episode wish raya kat semua orang kat rumah...paksu & family tak jadi dtg raya pertama so tak laa ramai sangat kat penang. Baby yana sombong tak mau cakap...nih mesti sibuk makan kuih raya...hihihi.... Lepas tuh try call my sweetheart, tapi telefon bersahut tapi takde org cakap....mamai kot....takpe lah...esok2 boleh call lagi...(dengan penuh harapan)....
Aku buka puasa makan roti & kari daging (brahim)+ minum susu. Dlm kol 7.15mlm aku siap2 beg dan bertolak ke Villach Hauptbahnhof (main stesen keretapi). 5 minit jer sampai sana. Huhuhu...aku try untuk sampai awal sebab tak mau terlepas train...lebih2 kan. Train dari Villach bertolak dlm jam 8.04mlm. Destination train ni ke Salzburg. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam.Hmmm takde direct train dari Villach ke Frankfurt. Kena tukar tain kat Salzburg. Kalo terasa cam pernah dengar jer nama Salzburg...nih la tempat Mozart main muzik....heheheh. Aku paling ingat Salzburg nih sebab 2 tahun lepas kereta sewa aku pernah dilanggar oleh basikal dekat bandar nih. Bodoh laaa budak tuh. Tapi disebabkan peraturan di europe nih mementingkan pejalan kaki & penunggang basikal...so gelabah jugk... Tapi nasib menyebelahi kami (aku & kawan2 infineon), ada family org Bosnia yang sangat ramah dan baik....tolong kami utk cakap bahasa german and settle semua benda. Actually yg salah basikal. Kami memang innocent :p
Di Salzburg, aku kena tunggu next train...sejam laa rasanya...tapi aku nih tak reti duduk diam...so start laa jalan2 kat train station nih...then aku sampai kat depan kedai kebab (Yusof Kebab) dkt hauptbahnhof. Terasa nak makan jer walaupun tak lapar sangat so 'ter beli lah' Durum Kebab & Ice Peach Tea...sibuk2 makan tengok jam dah dekat masa bertolak...cepat2 keluar dari kedai kebab terus ke gleis 2a (gleis = platform). Naik train CNL (City Night Line). Train nih khas untuk tido...tapi bukan cam katil...kerusi dia cam naik flight business class...seat boleh turun sampai sama paras...tak laa sakit badan kalo nak tido lama. Perjalanan agak lama dalam 6 jam tuk sampai ke Frankfurt. Boring bangat dalam train...seb baik org tak ramai...so aku boleh tido dlm pelbagai gaya....heheheh
Sampai di Frankfurt Am Main Hauptbahnhof dalam jam 6.15pagi.... dengan ngantuk yang masih berbaki...aku terus cari tanda "WC" (WC = Toilet). Berus gigi & mandi P Ramlee, spray skit perfume...so rasa segar kembali...
Sambil2 tunggu Mat sampai nak ambik aku pon berlegar2 di hauptbahnhof nih. Banyak kedai buka awal..hehehe baru teringat yang dah raya di german ni. Yey dah boleh sarapan pagi....pergilah cari benda nak makan....tapi tak lapar pon...beli capucino (McD)jer. Send SMS kat Mat dalam kol 7 pagi...tapi takde reply pon. Terus cari coin dlm wallet and call rusdy...dapat laa cakap sat dgn rusdy...wish2 raya and terus menunggu. Dlm kol 8pg dpt sms dari mat yg dia baru jer bangun....alamak...cemana nih....nakpak gayanya kena tunggu lagi lama laaa....aku pulak dah ingat2 lupa cara2 nak ke tmpt Mat, Russelheim. Tunggu punya tunggu dekat kol 10.30pagi baru laa Mat muncul. Terasa betul2 terkilan (saja nak bagi Mat terasa) sebab kena tunggu 4 jam for nothing...tapi takpa...aku siap boleh gi surf internet, gi baca megazine free kat jedai buku and beli Paysafe card (ingat ke boleh pakai di german, tak boleh rupanya. Tak dapat laa nak call M'sia). Aku bukan terkilan Mat sampai lambat tapi aku terkilan tak dapat nak pergi sembahyang raya macam 2 tahun lepas. Terasa rindu nak dengar takbir raya. Tapi nak buat cemana....Mat pon kantoi..heheheh
Mat terus ajak gi makan breakfirst...nak belanja untuk tebus kesalahan hehehe.... makan kat Nordsee (kedai makanan seafood). Best jer makan suddenly ada satu group mat saleh berbadan besar duduk meja sebelah. Semua makan daging & tulang...dari gaya daging tuh nampak betul2 macam babi....eiiii yek. Habis makan terus ke Russelheim naik S-Bahn guna 1 Day pass yg mat beli. Letak beg dekat satu restaurant chinese (kawan Mat). Terus catch train untuk ke Biengen. Mat ajak pi beraya di rumah junior kat sana. Aku follow jer.... Perjalanan ke Biengen kena lalu Mainz. Change train kat Mainz Haupbahnhof untuk ke Biengen. First time tgk dan naik train 2 tingkat :D. Sampai kat bahnhof, kami naik bas atau lebih mesra dgn nama coach (mcm coaster sekolah yg bawak student ke hospital) untuk ke rumah junior Mat. 20 min jugak dlm bas. Sampai jer kat open house dah ramai org kat sana. Mula2 malu2 nak makan...tapi bila malu ditolak ketepi...aku terus serang juadah raya. Macam2 ada....ada beriani, rendang, nasi himpit, roti jala...kuih raya...dan banyak lagi....
hmmm dah ngantuk laa...nanti sambung lagi ek...
(to be continued....)
No comments:
Post a Comment