Apple polishing...
Hmmm satu perkataan baru yang aku belajar daripada sahabat aku yang dah berkerja...
Dalam erti kata mudah apple polishing ni sama erti dengan budaya 'mengipas' heheheh dah jadi budaya ke? Paham ke mengipas nih macamana? Bukan ambil kipas angin hala pada orang...bukan guna surat khabar dan kipas diri sendiri bila cuaca panas...pernah tak menonton drama-drama jepun (Power Office Girl)? Mesti ada watak yang menjadi pengikut bos...yang mengiakan semua kata-kata dan perbuatan bos...ini lah pengipas sebenar...heheheh dalam kamus panggil pengampu...Mesti semua setuju kalau aku katakan di mana-mana sahaja tak kiralah di syarikat swasta ke sektor awam ke mesti adalah malaun yang memegang watak nih...dan yang menariknya dalam satu-satu syarikat nih mesti ada yang memegang watak baik (pengipas=watak jahat dan suka menindas watak baik)...watak baik nih aku panggil pejuang sebab dia sentiasa cuba menegakkan hak atau pendapat dan sentiasa bertekak dengan bos kerana bos selalunya tidak menghiraukan pendapat pejuang ni...wah dah macam drama kan... Antara pengipas dah pejuang nih sentiasa bertelagah...kira puak-puak bertelagah...dan yang kesiannya bos akan menyebelahi si pengipas walaupun pengipas bersalah...waaa simpati pada nasib pejuang... Hmmm mulalah adegan-adegan menikam belakang, dengki-mendengki, menghasut bos, dan sewaktu dengannya...meriahkan suasana berkerja...
Ada juga pihak berkecuali dalam situasi ini...pihak berkecuali ini tak memihak pada mana-mana pihak... Di syarikat dia hanya membuat kerja sehabis baik... dan watak berkecuali ini seringkali di salah erti oleh pengipas dan pejuang sebagai talam dua muka...pihak sini kata macam nih...pihak sana pula kata macam tuh pada watak berkecuali...akhirnya watak ini yang tertekan...buat baik salah...buat jahat lagilah salah...
Semua sifat-sifat dan perbuatan buruk ini berkemungkinan berpunca daripada sistem promotion untuk naik pangkat dan gaji yang menyusahkan...ini pendapat aku je...
Wahai kalian yang dah bekerja...kalau betul lah apa yang di ceritakan berlaku di syarikat/company ...sebelum grad aku nak siapkan diri ini dengan ilmu mengipas dan memperjuangkan hak...tapi mesti depend pada geng sekepala...heheheh dan aku tak mahu tergolong dalam golongan berkecuali sebab golongan ini sentiasa dipinggirkan.... cuba kita imbas kembali zaman persekolahan...kelas di bahagikan daripada kelas pandai sampailah kelas lemah..yang mendapat tumpuan ialah kelas pandai dan kelas lemah sahaja...yang sederhana tak dipandang langsung...sedih jerr...sama lah di MMU nih...yang pandai termasuk dalam Dean List...yang lemah termasuk dalam President List...lagi hebat kan...akhirnya yang sederhana juga yang di pandang nampak tak nampak je...
Selama ini aku tergolong dalam group average (sederhana) daripada sekolah sampailah universiti...so lepas nih mesti ada perubahan yang semestinya perubahan yang menggalakkan (baca=lebih baik)
[apa yang aku sampaikan ini berdasarkan cerita sebenar tau..dari sahabat yang dah berkerja]
Perjanjian...
Janji pada diri sendiri,
Aku selalu berjanji dengan diri sendiri supaya melakukan sesuatu perkara yang akhirnya aku sendiri gagal melaksanakan perkara tersebut.
Pernah tak kalian berjanji pada diri sendiri? Agak ganjil tapi aku sentiasa dan sering berjanji pada diri ini...menetapkan syarat-syarat sendiri,sasaran tertentu yang seringkali terbabas melampaui kemampuan. Ada ketika aku berjaya dan sering juga aku gagal. Kejayaan membuatkan aku gembira dan memotivasikan diri ini. Kegagalan membuatkan aku kecewa dan rasa bersalah walaupun perjanjian itu hanyalah antara diri aku sendiri.
Janji pada Allah,
Kadang kala kita mungkin leka sehinggakan terlupa pada perjanjian yang termetrai antara kita dengan Allah. Perjanjian yang terkandung dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Perkara rukun yang acapkali kita memandang remeh. Hmm aku bukan menuding pada kesalahan orang, kerana aku juga tidak lari daripada lalai dan melakukan kesalahan. Terasa nipis sungguh iman di dada. Harap ada yang sudi menegur dan mengingatkan aku kerana sudah lumrah kejadian manusia yang sering terlupa dan cepat lalai. Menjadi tugas sahabat yang lain mengingatkan dan menasihati yang leka.
Janji sesama manusia,
Aku pernah berjanji dengan seseorang untuk bertemu di lokasi tertentu. Menanti dengan penuh sabar dan akhirnya kecewa kerana janji itu telah dilupakan. Marah dan kecewa yang aku rasa. Aku juga pernah menabur janji-janji manis tapi tidak terdaya melaksanakannya.Tak merasakan apa-apa. Hmm mungkin tak ada kepentingan bagi diri ku lantas membuatkan aku tidak merasa bersalah. Yang pasti aku tidak sepatutnya berjanji atas perkara yang aku tak mampu. Harap kalian semua juga begitu. Cuma jangan jadikan ia satu alasan untuk kita sentiasa melarikan diri daripada tanggungjawab yang sepatutnya kita pikul.
No comments:
Post a Comment