Aku Pilih Kamu
Dikau tidak ada yang cela. Dikau semuanya sempurna. Bagi diriku, untuk aku. Usah persoalkan kewujudanmu dalam hidupku. Dikau bagai suria dalam jiwa, penghibur suka tika lara. Aku pilih kamu.
Dikau bukan kurang sepadan buat aku. Bahkan dikau adalah pelengkap mutlak yang aku cari-cari selama ini. Usah sia-siakan fikiranmu dengan syak wasangka yang tidak bertempat dan kurang diterima akal. Dikau bagai teman hidup yang aku impi terigau dalam mimpi. Aku pilih kamu.
Dikau bukan saja menawarku gelak tawa, dikau bawa bahagia sepanjang masa. Tanpa dikau sedari hatiku telah diusik dan dicuri. Aku diamkan saja kerana tidak mahu menampakkan mudahnya aku lemah bila berdepan kamu. Dapat aku wartakan di sini, seluruh tubuhku segar dan terus tegar bila dikau terdekat di sisi. Mengapa tidak sayang, aku pilih kamu.
Dikau menjelma dalam lenaku dan jika dikau ingin tahu, dikau juga aku terbayang ketika di atas tikar sembahyang. Katakan diri aku hina dan tidak teguh iman, tetapi itulah yang aku rasa. Dikau gegarkan ibadah wajibku dengan bayangan lembutmu, aku kalah dan terbuai keindahannya.
Mungkin tuhan mengarahkan jasadmu kepadaku sebagai suatu dugaan. Namun aku tidak sekali menyesal, bahkan aku anggap ia satu tanggungjawab yang ikhlas aku sandar. Jadi usah dikau sesakkan nalurimu dengan kerisauan bahawa aku sekadar menyusahkan diri bila kau di sini, bila cinta di sekeliling kita. Aku tidak (akan) jemu manakan pula aku menjadi dungu. Aku mahu dikau terus hadir dalam hidupku. Sampai akhir waktu, kerana aku pilih kamu.
Mungkin ketidaktentuan yang bertapak dalam hatimu kini cuma angin was-was biasa bila dua insan bercinta. Ia akan hilang, percayalah. Hatimu mahukan kepastian dan aku di sini ingin menunaikan kata-kataku. Buangkanlah mainan perasaan yang remeh itu, kita seadanya satu. Bukankah kita gembira bila bersama dan bercanda mesra. Dikau sendiri pernah mengakui ia.
Sekali lagi, aku berdiri di sini kerana aku mahu meneruskan ‘kita’. Kerana aku pilih kamu. Atau adakah semua kebimbangan, tenar jiwa, perasaan serba-salah dan campuran dolak-dalih itu sebenarnya sandiwaramu mahu tunjuk kepadaku bahawa kamu pada dasarnya memang tidak memilih aku?
Kamu tidak pilih aku? Oh.
hmm...this is by me
Aku suka memandang ke atas
melihat kepulan-kepulan awan
mudah saja imaginasiku
menggambarkan sesuatu yang melucukan,
menyedihkan, menceriakan dan sebagainya
Asyik saja...kerana ia mendamaikan...
Aku suka memandang ke atas
melihat bintang-bintang bergemerlapan di angkasa
cahaya nya persis percikan bunga api cantik dipandang
namun membingitkan telinga dan membahayakan keselamatan
tapi bintang-bintang tak membingitkan telinga
sekadar bercahaya cantik menghiasi ruang angkasa yang kelam malam
sekali lagi aku tenang...damai sahaja...
Bunyi desiran angin....
deruman air yang mengalir di air terjun amat mengasyikkan…
seperti mengalunkan rentak irama yang tersendiri….
Ya Allah...aku pasrah dengan kebesaran-Mu
--> bored of waiting the pdf converter to rip the 3G book...suddenly i start clicking the keyboard and types those on One Notes 2003....just realized that ideas only came once and if we failed to job it down....good bye.. T-T
No comments:
Post a Comment