Monday, February 28, 2005

Biarkan ia berlalu...andai itu khabar gembira...

Hari ini sedikit dingin berbanding kebelakangan ini. Hujan dah mula turun mengurangkan haba-haba panas di permukaan bumi. Fenomena equinox yang berlaku sekarang diramal sesuatu yang sukar diduga.bila-bila masa sahaja hujan akan turun.ribut petir dan kadang-kadang suhu akan naik tinggi. Sebagai peringatan eloklah berjaga-jaga..sediakan payung sebelum hujan..yang naik motor sediakan baju hujan..


Hari minggu memang dinanti-nantikan..hari yang bakal merehatkan akal dan fikiran..kononnya..tapi disebabkan terpaksa mengejar tarikh akhir untuk menyerahkan projek fyp menyebabkan hari minggu telah hilang serinya..walaupun agak kelam kabut sekarang..aku tak akan benarkan hidupku berserabut dengan fyp sahaja..biar ditambah dengan sos cili dan sedikit garam secukup rasa..baru lah enak dan meriah hidup ini..


Sewaktu aku menaip ini..hujan turun dengan agak lebat..alhamdulillah hujan rahmat..semoga keadaan berjerubu dan bahang panas akan berakhir tak lama lagi..




Hari sabtu lepas..bersama roomate kami pergi menonton wayang..dah lama tak mononton di layar perak..heheheh niat nak tengok cerita Sepet minggu ini terpaksa dimatikan kerana tiada tayangan di Melaka..sedih je.. Filem yang menjadi pilihan "Hide and Seek" lakonan Dakota Fanning dan Robert De Niro" Ini kali pertama aku menonton wayang di tiket di cop dengan simbol 18 SG walaupun sebelum ini pernah beberapa kali menonton tanyangan sebegini tapi takde pula tiket dicop dengan simbol 18 SG..makin canggih wayang sekarang yek..begitu mengikut peraturan!


Filem ini agak phsyco sedikit..banyak twist yang tidak disangka-sangka..permulaan yang menarik..pelakon juga membawakan watak dengan baik sekali..aku paling suka dengan lakonan Dakota Fanning..bersahaja..tapi ending begitu simple untuk sebuah cerita yang manarik..




Hari ahad aku bertungkus lumus menaip laporan untuk FYP..seperti hari-hari lain..mesti ada selingan..tengok tv pon mesti ada iklan..selingan kali ini ialah sebuah drama jepun betajuk "Orange Day" lakonan Satoshi Tsumabuki dan Kou Shibasaki..cerita tentang pelajar universiti di tahun akhir yang mencari pekerjaan yang sesuai bila tamat pengajian. Seperti drama-drama jepun yang lain..Orange Day mempunyai tema tersendiri..iaitu Buah Oren..nampak seperti cerita-cerita remaja yang remeh disulami dengan babak-babak cinta tetapi yang menarik cerita ini banyak menerapkan nilai-nilai yang baik..falsafah hidup yang mangagumkan dan berjaya memberi kesedaran kepada penonton akan pentingnya masa depan dengan kehidupan yang sempurna dan kerjaya yang diinginkan.. Drama ini juga mengetengahkan konsep kecekalan dan tabah dalam mengharungi liku-liku hidup yang mana aku lihat amat dekat dengan realiti yang kita hadapi sekarang..




Cerita ini bermula dengan Akaiko seorang mahasiswa tahun akhir yang dalam delima kerana masih belum mendapat tawaran kerja..walaupun telah menghadiri beberapa interview..semasa dalam perjalanan pulang ke kampus dia terserempak dengan Sae (pelajar yang menghadapi masalah pendengaran-->sedikit pekak) yang hanya boleh berkomunikasi dengan bahasa isyarat dan boleh membaca gerak bibir orang lain..Sae ketika itu sedang bermain biola..walaupun dia pekak tetapi disebabkan pernah bermain biola sebelum menjadi pekak..dia dapat bermain dengan baik sekali.. Sae menghadapi masalah dalam menangani realiti hidup dan Akaiko membantu..dari situ bermulalah bibit kemesraan diantara mereka..watak-watak lain yang menghidupkan jalan cerita ini ialah Osawa (kawan Sae),Shuhoke dan Keta (kawan Akaiko), ex-girlfriend Akaiko (tua 3 tahun) dan watak-watak sampingan yang lain..seperti cerita-cerita typical yang lain..ending yang baik menjadi kegemaran ramai..begitulah yang berlaku dalam drama ini..


Hmm ini je la ulasan ringkas mengenai drama "Orange Day"..simple tapi menarik (bukan ulasan yang aku buat tapi cerita Orange Day)..


Laa..hujan dah berhenti..kena pergi tutorial kol 3..dah tak ada alasan yang lebih baik untuk ponteng..ok bye!

No comments: